BAB PERTAMA
Pada Menyatakan Alamat Setiap Daripada Baris Dan
Tanwin Huruf
Baris Terbahagi kepada
tiga:
i) al-fathah
ii) ad-dhommah
iii) al-kasrah
Al-fathah: alif kecil garis yang ditidurkan dari kanan ke
kiri ( - ).
ikhtilaf u’lamak pada tempat meletakanya, Ada
pendapat mengatakan diletakan atas huruf ini yang diamalkan, pendapat kedua
dihadapan huruf dan ini pendapat yang lemah.
Ad-dommah: huruf
wau kecil ( ُ )
ikhtilaf u’lamak pada tempat meletakanya, pendapat pertama
mengatakan diletakan atas huruf ( لَ ) dan inilah yang diamalkan, pendapat ada yang
mengatakan dihadapan huruf ( َ ل ) ada juga yang mengatakan pada huruf akan tetapi
keduanya pendapat yang lemah. Ikhtilaf pula pada mengekalkan kepala wau atau
tidak, mazahib masyariq mengekalkan dan ini yang diamalkan ( ُ ), dan mazahib
magharibah tidak mengekalkan seperti huruf dal ( د ).
Al-kasrah: huruf
ya’ ( ى ) yang ditebalikkan diletakan dibawah huruf dan dibuang kepala huruf ya’
seperti garisan dari kiri ke kanan ( - ).
Iktilaf pada
meletakan tanda baris pada huruf pembukaan surah ( الم ) mazahib
masyariq tidak meletakan baris atas huruf, mazahib magharibah meletakan baris atas huruf.
Tanwin
terbahagi kepada dua
i) Maqsur,
ii) Ghairu Maqsur
Maqsur:
pada penandaan ada empat mazhab.
contohya ( عليما ), samaada
yang diamalkan ialah meletakkan tanda baris fathah dan tanwin ( عليمًا ) atas huruf yang sebelum alif maqsur.
- marfu’ ( سحر مفترى ),
- mansub ( سمعنا فتى ),
- majrur ( فى قرى محصنة ),
yang diamalkan ialah meletakkan tanda baris fathah dan tanwin ( عليمًا ) atas huruf yang sebelum alif maqsur.
Ghoiru maqsur: i)
yang ditulis dengan alif ketika mansub dengan syarat akhirnya bukan hamzah dan
bukan ta’ taknis pada penandaan ada empat mazhab,
i)
Meletakkan tanda
baris dan tanwin atas huruf ( عليمًا ) sebelum alif dan ini mazhab sibawih dan khalil bin
ahmad dan ini yang diamalkan sebahagian ahli masyariqah.
ii) Meletakan tanda baris
dan tanwin atas alif ( عليماً ) diamalkan ahli magharibahn ahli madinah ahli kufah, ahli
basrah.
iii)
Meletakkan tanda
baris atas huruf dan tanwin atas alif ( عليمَاَ ) dan ini pendapat yang dhoif.
iv)
Meletakkan tanda
bawah huruf diikuti dua tanda tanwin atas huruf alif ( عليمَاً )
Ghairu Maqsur: tanwin yang tidak dtulis dengan alif,
i) akhir huruf
dengan ta’taknis ( رحمةً ).
ii) huruf yang
marfu’ ( بالمؤمنين رءوف رحيمٌ ),
iii) huruf yang majrur ( من غفورٍ ),
iv)
huruf yang mansub akhirnya hamzah yang bertanwin ( مآء ) padanya tiga mazhab:
-
( ماءًا ) huruf hamzah selepas alif dan ada alif selepas huruf hamzah dan diletakkan tanda baris fathah serta tanwin atas huruf hamzah.
-
( ً’ماء ) huruf hamzah selepas alif, atas huruf
hamzah diletakkan tanda baris fathah dan tanwin, dan ini yang diamalkan.
- ( مــــٰـــــئًا ) alif kecil sebelum alif dan huruf
hamzah diantara alif kecil dan alif besar, dan atas huruf hamzah diletakkan
tanda baris fathah dan tanwin.
( Via Muhammad Ashraf Bin Jamaludin )
No comments:
Post a Comment