widget

Sunday, January 18, 2015

BAB KEENAM


Bab Keenam FilHamz

Perbahasan mengenai huruf Hamzah diringkaskan kepada limabahagian iaitu :

Pertama : Bentuk

Ulama berselisih pendapat pada keadaan huruf hamzah :

·Mazhab Pertama : berbentuk bulat seperti titik (.) sama ada ketika tahqiq atau tashil – seperti yang disebut oleh Ahli Nuqoth.

· Mazhab kedua : ain kecil seperti ((ع – seperti yang disebut oleh Mazhab Nahu dan Ahli Penulisan.

*asalnya hamzah adalah ain bagi sesetengah lahjah.

Kedua : Warna

Hamzah diwarnakan pada enam tempat :

· Pertama : Tahqiq contohnya (أخذ) .

· Kedua : Tashil baina baina contohnya (أرأيت) .

· Ketiga : Ibdal huruf yang berbaris contohnya (لئلا) . –untuk qiraat ibdal.

· Keempat : Ibdal huruf mad contonya (أرأيت) . – untuk qiraat ibdal.

· Kelima : Huruf yang dinaqalkan harakatnya ( قد أفلح) .– untuk qiraat naqal.

· Keenam : Huruf yang dihazafkan harakatnya( شاء أنشرة)– untuk qiraat isqath.

* Tahqiq diletakkan titik berwarna kuning.

* Tashil baina baina atau ibdal huruf berbaris diletakkan titik berwarna merah.

* Ibdal huruf mad, huruf yang dinaqalkan harakatnya atau huruf yang dihazafkan harakatnya tidak diwarnakan.

Ketiga : Baris

Ulama bersepakat meletakkan baris pada huruf hamzah pada enam tempat :

· Pertama : Tahqiq

· Kedua : Tashil baina baina

· Ketiga : Gugur harakat hamzah

· Keempat : Huruf yang dinaqalkan harakatnya – jika ia sukun sahih

· Kelima : Tanwin yang menaqalkan lafaznya bukan tulisan

· Keenam : Ibdal huruf yang berbaris > dua pendapat :

1) hazafkan barisnya 

2) letakkan baris (yang diamal)

Adapun ibdal huruf mad dihazafkan juga barisnya – pada enam
jenis :

· Pertama : Mufrad contohnya (أرأيت) . – untuk qiraat ibdal.

· Kedua : Terhimpunnya hamzah dalam satu kalimah dan yangkeduanya adalah hamzah wasal contohnya(ءآذكرين) .

· Ketiga : Terhimpunnya hamzah dalam satu kalimah dan yangkeduanya bukanlah hamzah wasal dan selepasnya sukun contohnya (ءأنذرتهم).

– untuk qiraat ibdal.

· Keempat : Terhimpunnya hamzah dalam satu kalimah dan selepasnya harakah a’ridhoh contohnya(ءآلان) . – untuk qiraat ibdal dan naqal.

· Kelima : Terhimpunnya hamzah dalam satu kalimah dan selepasnya harakah asliah contohnya(ءألد) – untuk qiraat ibdal.

· Keenam : Terhimpunnya hamzah dalam dua kalimah contohnya(شآء أنشرة) .

* Pada jenis yang pertama dan kedua : dihazafkan hamzah dan barisnya dan diletakkan matthoh (~)pada tempat hamzah.

* Pada jenis yang ketiga : dihazafkan hamzah dan barisnya. 

Qila > diletakkan matthoh (~)pada tempat hamzah (yangdiamal).

Qila > tidak diletakkan matthoh (~)pada tempat hamzah.

* Pada jenis yang keempat : dihazafkan hamzah dan barisnya dan tidak diletakkan matthoh (~) pada tempat hamzah kecuali pada mad seperti (ءآلان)(yang diamal).

* Pada jenis yang kelima dan keenam : dihazafkan hamzah dan barisnya dan tidak diletakkan matthoh (~)pada tempat hamzah.

Keempat : Keadaan

· Pertama : Hamzah mufrad > ada rumah :

1) alif(سأل)
2) waw (لؤلؤ)

3) ya(بارئكم)

> tiada rumah :

1) awal( ءادم)

2) tengah(لرءوف)

3) akhir (السماء)

Kedua : Jamak > wajib menghazafkan salah satu rumah sama ada yang berbeza baris (أئفكا) atau yang sama baris (ءأنذرتهم) .

*Ulama berselisih pendapat pada menghazafkan rumah hamzah :

1) Al-Farra’ : kekalkan rumah hamzah yang pertama dan hazafkan yang kedua.

2) Al-Kisaie : kekalkan rumah hamzah yang kedua dan hazafkan yang pertama.

3) Ulama Dhobt : menerima kedua pendapat diatas dengan menggunakan pendapat Al-Farra’ ketika berbeza baris hamzah dan pendapat Al-Kisaie ketika bersepakat baris hamzah (ءأنذرتهم).

· Ketiga : Jamak tiga hamzah > hanya ditulis satu rumah hamzah.

*Banyak mazhab yang menerangkan tentang penulisannya namun hanya diterangkan tiga mazhab :

1) hazaf rumah hamzah pertama, diletakkan rumah pada hamzah kedua dan diletakkan alif kecil pada rumah yang ketiga. (yang diamal)

2) hazaf rumah hamzah pertama, diletakkan alif kecil pada rumah yang kedua dan diletakkan alif pada rumah yang ketiga.

3) hazaf rumah hamzah pertama dan kedua diletakkan alif pada rumah yang ketiga.

Kelima : Tempat

· Jika tiada rumah maka letak atas garisan sama ada > 

1) awal( ءادم)

2) tengah(لرءوف)

3) akhir (السماء)

· Jika ada rumah ia >
1) dipisah (شطئة) (yang diamal) atau 2) disambung.

· Jika berbaris atau sukun maka letak hamzah diatas rumahnya sama ada alif (أخذ) , waw (يكلؤكم) atau ya (لئلا) .

· Jika berbaris kasrah maka letak hamzah dibawah rumahnya rumahnya sama ada alif(إنا) , waw (اللؤلؤ) atau ya (إنا)




No comments:

Post a Comment