Khotimah
Seperti yang sedia maklum bahawa tanda-tanda fasilah, sajdah, hizib, maqra’, rubu’, saktah, waqaf dan sebagainya adalah penambaikan dari ulama’ mutaakhirin.
Tiga pendapat ulama’ mengenai penambaikan tersebut :
1. Harus mutlak
2. Makruh mutlak
3. Harus bagi mushaf yang digunakan oleh orang-orang yang sedang belajar.
- Tanda saktah ialah melatakkan huruf sin kecil di atas setiap huruf daripada lafaz-lafaz berikut :
(عوجا, مرقدنا, بل ران, من راق)
Tanda-tanda waqaf ada lima iaitu :
1. Waqaf lazim(م) : wajib berhenti padanya dan tidak sah menyambung dengan kalimah selepasnya.
2. Waqaf aula (قلى): seeloknya berhenti padanya dan boleh dimulai dengan kalimah selepasnya.
3. Waqaf jaiz (ج) : harus berhenti dan sambung pada kalimah ini.
4. Wasal aula (صلى): seeloknya disambung dengan kalimah selepasnya.
5. Waqaf muta’aniq (. . . .): behenti pada salah satu tempat yakni jika berhenti pada tempat yang pertama maka tidak boleh berhenti pada tempat yang kedua dan begitulah sebaliknya.
*waqaf yang dilarang (لا): adapun tanda ini adalah dilarang berhenti pada kalimah tersebut tetapi diharuskan berhenti jika darurat seperti putus nafas dan sebagainya.
*semua yang disebutkan diatas adalah amalulmutaakkirin untuk menambah pencerahan.
No comments:
Post a Comment