widget

Tuesday, December 2, 2014

MUQADDIMAH ILMU DHOBTUL QURAN






MUQADDIMAH ILMU DHOBTUL QURAN

Dhobtul Quran ialah satu ilmu yang membincangkan mengenai a’lamah (tanda) yang diletakkan pada huruf-huruf yang terdapat di dalam alquran iaitu harakah (baris), sukun (mati), tasydid (sabdu), mad (tanda panjang) dan sebagainya.

An-naqtu (titik) terbahagi kepada dua:
i)Naqtul ‘irab     ii) Naqtul ‘ijam

Naqtul ‘irab ialah perbahasan mengenai tanda tanda pada huruf seperti baris, sukun tasydid, mad atau selainya, maka terdapat khilaf siapa yang menjadi pengasas kepada Naqtul ‘irab ini ada pendapat mengatakan :

  1. Al- Kholil Bin Ahmad, 
  2. Nasr Bin ‘Asim, 
  3. Yahya Bin Yu’mar, 
  4. Abdullah Bin Abi Ishak Al-Hadromi, 
  5. Al- Kholil Bin Ahmad Al- Farahidi. 

Walaubagaimanapun yang paling sohih dimana telah dinaskan oleh sekumpulan 'ulamak antaranya Abu Daud, Ad-Dani dan Abu Hatim ialah Abul Aswad Ad-Duali (pengasas Naqtul ‘irab) dengan perintah (permintaan) dari Ziyad ketua basrah pada zaman pemerintahan Mu’awiyah Bin Abi Sufyan.

Seperti yang telah disebutkan oleh ulamak bahawa Mu'awiyah telah mengutuskan kepada Ziyad memintanya menghantar anaknya iaitu 'Ubaidillah Bin Ziyad kepadanya dan pabila 'Ubaidillah berjumpa dengan Mu'awiyah dan bercakap-cakap dengannya,beliau (Mu'awiyah) mendapati kesalahan pada pertuturan 'Ubaidillah dan Mu'awiyah mengembalikan 'Ubaidillah kepada Ziyad bersama 1 pucuk surat yang telah ditulis sebagai komentar di atas kesalahan yang dilakukan di dalam pertuturan anaknya. Maka sebagai keprihatinan seorang ketua,Ziyad segera meminta pertolongan kepada Abul Aswad Ad-Dualy supaya membuat kaedah supaya orang-orang ajam tidak melakukan kerosakan pada bahasa arab di dalam pertuturan dan juga di dalam 'iraab Al-Quran. 

Akan tetapi Abul Aswad melarang dan tidak bersetuju dengan permintaan dari Ziyad itu.Lalu Ziyad pun memikirkan cara untuk menunjukkan kepada Abul Aswad bahawa betapa khuwatirnya beliau akan masalah (kerosakan pada bahasa) yang sedang berlaku.Beliau (Ziyad) telah menyuruh seorang lelaki duduk di tempat (jalan) di mana laluan tersebut akan dilalui oleh Abul Aswad dan beliau (Ziyad) berkata kepada lelaki tersebut "Apabila Abul Aswad lalu,hendaklah kamu membuat kesilapan di dalam bacaan kamu itu." Maka apabila Abul Aswad lalu,maka lelaki tersebut pun membaca : إن الله برىء من المشركين ورسولِه - dengan kasrah pada huruf lam pada kalimah ورســوله Maka apabila Abul Aswad terdengar bacaan tersebut,beliau segera berkata : معاذ الله أن يتبرأ الله من رسوله  Setelah peristiwa itu,Abul Aswad berjumpa semula dengan Ziyad dan bersetuju dan memperkenankan permintaan Ziyad.

Maka diletakkan tanda pada huruf
# Apabila fathah : maka tanda bulat hitam diatas huruf  ا$      (
# Apabila dhommah : maka tanda bulat hitam di atas hadapan huruf  $ا
# Apabila kasrah : maka tanda bulat hitam di bawah huruf  ا
# Apabila tanwin atau dengung : maka tanda dua bulat hitam ا$$ $


Berlaku penambahbaikan pada zaman a’basiyyah yang dilakukan oleh Khalil Bin Ahmad dinamakan (baris) : 

# Alamat fathah : alif kecil yang terbuka  

# Alamat dhommah : wau kecil 

# Alamat kasrah : ya’ kecil 

# Alamat tasydid : kepala huruf Syin 

# Alamat Sukun : Kepala Huruf kha’   ۡ

Naqtul ‘Ijam ialah perbahasan mengenai alamat untuk membezakan huruf mu’jam (bertitik) dan muhmal (tidak bertitik), pengasas kepada Naqtul ‘ijam ini ialah :

  1. Nasr Bin ‘Asim, 
  2. Yahya Bin Yu’mar

sebab disusunnya ilmu ini sepertimana yang telah disebutkan oleh para 'ulamak pembukaan Negara Negara Islam yang baru telah menyebabkan ramai manusia yang bukan dari bangsa arab menganut agama Islam dan itu telah menyebabkan pertukaran huruf/makna dalam bahasa arab

Ditakuti pertukaran itu akan berlaku kepada al-quran maka Abdul Malik Bin Marwan memerintahkan Al-Hajjaj bin Yusuf As-Saqafi untuk melakukan sesuatu supaya hal yang ditakuti tidak berlaku kepada al-quran. Maka Al-Hajjaj memilih Nasr Bin ‘Asim, Yahya Bin Yu’mar untuk melakukan tugasan itu, maka mereka pun meletakan titik-titik untuk membezakan atu huruf dengan huruf yang lain. Dan mereka meletakan titik ini dengan warna yang sama dengan tulisan mushaf.

- Huruf Mu'jam 15: ب ت ث ج خ ذ ز ش ض ظ غ ف ق ن ي

- Huruf Muhmal 13: ا ح د ر س ص ط ع ك ل م و هـــ

Skop perbincangan ilmu dhobtul quran: Tanda-tanda yang terdapat pada sesuatu huruf sama ada meletakan baris atau tidak, tempatnya, warnanya dan sebagainya.

Faedah ilmu dhobtul quran: Menghilanhkan keraguan pada sesuatu huruf maka tidak bercampur yang tasydid dengan tidak tasydid, yang tidak berbaris dengan berbaris juga yang berbaris atas dengan yang berbaris bawah atau depan.

Wallahu ta’ala a’lam

( Via Muhammad Ashraf Bin Jamaludin )

1 comment: