widget

Tuesday, February 10, 2015

BAB KESEMBILAN




CARA MELETAKKAN TANDA PADA HURUF YANG DIHAZAFKAN


1- Huruf yang dihazafkan pada tulisan terbahagi kepada dua:


i)             Huruf yang banyak dihazaf ialah huruf illah (alif,wau,ya’)


ii)           Huruf yang sikit dihazaf ialah nun.


2- Hazaf  pada huruf illah ada tiga sebab:


i) Dua huruf yang sama bertemu.

·         Jika huruf awal yang pertama sama iaitu madmumah/mushaddada/ makahazaf  yang pertama dengan meletakkan ilhak, huruf yang kedua boleh pilih sama ada nak letak ilhak atau tidak.


·         Jika yang pertama terhimpunnya dua wau, maka yang kedua menggunakan 
       satu wau.


·         Jika terhimpunnya huruf yang sama, maka sepakat meletakkan satu ya’,hazaf  yang kedua dengan meletakkan tanda.


·         Jika himpun padanya dua wau ,huruf kedua sakin lilbina’, maka sepakat menggunakan dengan satu wau. Hazaf  yang kedua dan wajib letak ilhak atau hazaf yang pertama dan letak ilhak.


·         Jika terhimpunaya 2 alif asli yang pertama dan yang kedua pun alif, maka sepakat menggunakan satu alif, jika hazaf  yang pertama boleh pilih sama ada nak letak ilhak atau tidak, kalau hazaf  yang kedua wajib letak ilhak.


ii) Memendekkan perkataan.


·         Jika hurufawal yang pertama sama iaitu madmumah/mushaddada/ makahazaf  yang pertama dengan meletakkan ilhak, huruf yang kedua boleh pilih sama ada nak letak ilhak atau tidak.Jika yang pertama terhimpunnya dua wau, maka yang kedua menggunakan satu wau.


·         Jika terhimpunnya huruf yang sama, maka sepakat meletakkan satuya’,hazaf  yang kedua dengan meletakkan tanda.


·         Jika himpun padanya dua wau ,huruf kedua sakin lilbina’, maka sepakat menggunakan dengan satu wau. Hazaf  yang kedua dan wajib letak ilhak atau hazaf yang pertama dan letak ilhak.


·         Jika terhimpunaya 2 alif asli yang pertama dan yang kedua pun alif, maka sepakat menggunakan satu alif, jika hazaf  yang pertama boleh pilih sama ada nak letak ilhak atau tidak, kalau hazaf  yang kedua wajib letak ilhak.


·         Jika hazaf dengan memendekkan ejaan, maka hukumnya letak tanda rumah yang dihazaf dengan 2 syarat:


i) hazaf yang di tengah.


ii) bukan sukun selepasnya.


Ada 2 wajah :

·    
     Letakkan ilhak
·         Tidak letakkan ilhak


* Sepakat ulama’ tidak meletakkan ilhak pada alif yang dihazafkan pada lafaz al-jalallah(allah).


iii) Wujud ewad (ganti) pada huruf yang dihazaf.

  • Jika hazaf untuk memendekkan terletak di hujung, maka hukumnya hazaf  dan tidak letak  ilhak.




    ·         Kalau ada ewad pada huruf yang dihazafkan itu wau atau ya’,maka hukumnya letak ilhak pada tempat yang digatikan kecuali apabila berada di hujung dan selepasnya sakin maka tidak perlu letak ilhak.


    ·         Sepuluh tempat yang didahulukan dengan ilhak. Antaranya:


        i)  Alif ( اءارأتم)  

    i   i) Ya’  ( ايلافهم )   

        iii) Nun ( ىننجى)  

        iv) Ya’ ( حيى)


    ·         Pada surah annbiya’ dan yusuf dikekalkan ilhak. Ada pendapat yang mengatakan ditulis dengan satu nun.


    ·         Ditulis dengan 2 nun pada surah al-anfal pada idgham, maka letak ilhak ya’ yang pertama.


    ·         Hazaf yang pertama letak ilhak, hazaf yang kedua letak ya.


    ·         (تؤوى) Setiap apa yang dihimpun pada 2 huruf yang sama. Salah satunya rumah bagi hamzah. Pada tanda ada 3 mazhab, pertama tak perlu ilhak pada rumah hamzah. Kedua, letak ilhak pada rumah hamzah. Ketiga, Kekalkan rumah hamzah dan ilhak pada huruf kedua.


    ·         (أولياء) Terbahagi  kepada dua pendapat. Pertama, kekalkan rumah hamzah dan hazafnya, kekalkan rumah hamzah dan adakah hazaf atau kekalkan huruf sebelumnya, ada dua pendapat, pertama, hazaf rumah dan wajib hazaf alif yang sebelummya dengan meletakkan ilhak, pada rumah hamzah boleh pilih sama ada nak letak ilhak atau tidak.Kedua, kekalkan rumah hamzah dan ilhak (yang diama).


    ·         (تأمنا) Tiga cara bacaan. Pertama,idgham sempurna. Kedua, ishmam. Ketiga,rum.


    ·         Idghom sempurna, tidak meletakkan tanda. Ishmam ada dua mazhab, pertama letak sebelum nun.bek tanda bulat antara mim dan nun. Kedua,letak garis sebelum nun. Rum ada dua mazhab. Pertama, letak nun kecil. Kedua, titik bulat antara mim dengan nun.

    No comments:

    Post a Comment