widget

Tuesday, February 10, 2015

BAB KESEBELAS

Hukum Lam Alif



Lam Alif ialah dua huruf yang berturutan yang terdiri daripada huruf lam dan alif. Terdapat dua cabang pada bahagian atasnya dan dibawahnya pula berbentuk bulat. Gambarannya adalah seperti ini (
لا).


  • Ulama berselisih pendapat bagi menentukan kedudukan alif :



1.      Alkhalil bin Ahmad dan almaghoribah : cabang yang pertama adalah huruf alif.


2.      Said bin Mas’adah Alakhfasy dan seperti yang diamalkan  : cabang yang kedua adalah huruf Alif.


Susunan pada khilaf mengenai cara penulisannya ada tiga hukum :


1.      Hukum rumah hamzah pada huruf alif gabungan huruf Lam :


Alkhalil : 
(األرض)


Alakhfasy : (الأرض)

 

2.      Hukum kedudukan tanda mad pada huruf alif gabungan huruf lam :


Alkhalil :
 (لآ إله إلا الله


Alakhfasy : (لآ إله إلا الله)


 

3.      Hukum huruf hamzah yang bersambung lafaz dengan huruf Alif gabungan huruf Lam :


Alkhalil :
 (هؤءلا) (ءلاكلون)


Alakhfasy : (هؤلاء) (لأكلون)

 

PERINGATAN !



Tidak  ada nas yang menyebutkan penandaan warna pada semua tanda dhabt yang disebutkan sebelum ini. Cukuplah dengan hanya menandakannya dengan warna merah bagi membezakan mushaf yang menunjukkan pembaharuan selepas zaman sahabat dengan penambahan tanda yang disebutkan sebelum ini.

No comments:

Post a Comment